Monday, May 2, 2011

bab 1 - trip to love

     Alice. Nama dalam IC Melissa. Alice suka berangan benda yang pelik-pelik dan kadang-kadang perangainya tak dapat dijangka oleh orang lain. Walaupun dia suka berangan dan lebih gemar bergurau tetapi dia berjaya memperoleh 8A dalam PMR pada tahun lepas.
   Pernah tak anda berangan tentang lelaki yang sangat kacak bertembung dengan anda. Rupa-rupanya dia sekelas dengan anda. Tiba-tiba angan-angan anda menjadi kenyataan. Tak tersangkakan?

       Alice pernah berangan akan jumpa lelaki idamannya dan satu hari dia terjumpa dengannya. Awal tahun 2011. Tahun dia akan menduduki peperiksaan PMR. Alice mengikuti satu lawatan. Lawatan itu khas untuk pelajar tingkatan 3. Dia duduk didalam bas bersama Mutiara. Sebelah mereka Atiqah dan Hanim.

          “Alice, jom tangkap gambar.” Ujar Mutiara dengan gaya tangan yang sudah bersedia untuk menangkap gambar. Mutiara oh mutiara. Tidak pernah lekang dengan kamera. Begitu juga dengan Atiqah serta Hanim. Masing-masing bergambar sakan. Alice hanya bergambar apabila diajak dan apabila tidak dia memandang keluar tingkap dan berangan.

         Mereka tiba kedestinasi pertama iaitu Pusat Sains Negara. Selepas mereka melalui ‘terowong ikan’ Alice berdiri ditempat ‘pusaran air’. Mutiara, Atiqah dan Hanim sedang asyik bergambar. Alice hanya mengelakkan diri kerana entah kenapa moodnya tidak rasa nak bergambar.

        Semasa Alice ingin masuk ke Dino’s Alive, tiba-tiba dia ditarik oleh pelajar lelaki kelasnya, Azam. Alice agak terkejut kerana dalam kelas dia jarang menegur Alice. Tapi dia akui Azam agak kacak sehinggakan Bimbo seperti Farina pun boleh terpikat dengannya. Dia menyuruh rakan-rakan Alice masuk dahulu.  Begitu juga dengan pelajar lelaki kelasnya yang terdiri daripada Fakri, Azhar, Ashraf dan Imrul.

      Sebelum mereka masuk. Sempat lagi mereka mengusik Alice dan Azam.
“Ada apa?” Alice bertanya.
“Boleh tak kau jalan dengan aku saja?” Alice agak terkejut dengan soalan dia.
“Berdua? Nanti mereka ingat kita bercinta pula.” Alice cuba mengelak kerana takut timbul gossip. Tetapi Azam tetap bertegas dan akhirnya dia terpaksa bersetuju juga.

       
Seperti yang Alice jangka. Suasana didalam bas sangat gamat dengan usikan mereka.
“romantiknya.” Ujar Mutiara
“Jealousnya aku.” Kata Atiqah
“Makan nasi minyak la tak lama lagi” Seloroh Hanim, Taylor Swift Malaysia mereka.

   Usikan demi usikan melanda Alice dan Azam. Tetapi Azam tetap tenang dan turut sama bergurau senda. Alice berasa pelik. Dalam kelas tak pernah pula dia berkelakuan begini. Alice memandang Azam yang duduk ditempat paling belakang. Berjauhan dengan mereka yang duduk dibahagian hadapan. Kerana itulah suasana dalam bas itu menjadi gamat kerana mereka saling menjerit-jerit kearah satu sama lain. 

“Dah la tu. Kan aku cakap kami Cuma jalan berdua sahaja. Tidak lebih dari itu. “ Alice memprotes. Macam mana nak terangkan lagi ni.
“ Siapa yang ajak?” Tanya Munirah yang duduk dibelakang aku.
“Azam.” Terangnya pendek.
“Dia tak mintak couple ke?” Tanya Zahara pula.
“Tak. Dia Cuma ajak jalan berdua sahaja. Semasa kami jalan pun dia  tak banyak cakap. Dia Cuma cakap tentang apa yang ada di dalam Pusat Sains Negara itu sahaja.” Terangnya lagi.
“Ish. Tak romantiknya. Ingatkan romantic tadi.” Ujar Atiqah kecewa.
“Nak romantic macam mana lagi. Kata kawan.”
“Kawan ke macam itu. Ajak jalan berdua sahaja.” Ujar Hanim separuh percaya.
“Terpulang lah pada kamu semua nak percaya ke tak.” Alice malas nak panjang-panjangkan cerita.

     Tiba-tiba Alice terdengar Fakri menyanyi lagu SHOCK nyanyian penyanyi Korea BEAST tetapi liriknya diubah.
“Everyday I shock. Shock
 Every night I shock. Shock
 Aku tak sangka Alice couple dengan Azam... Ohhh...
Shock oh sangat Shock.”

        Alice dan Mutiara pantas memarahinya.
“Hoi jangan nak rosakkan lagu BEAST.” Marah Mutiara
“ Betul itu. Tambahan lagi, aku dan Azam tak couple.”
“Habis itu kau berdua bertunang ke?” Seloroh Ashraf
“Takpun dah nikah pun.” Tambah Imrul.
“Melampau la itu, Imrul” Ujar Hanim, Atiqah, Zahara dan Munirah hampir serentak.
Imrul tersengih-sengih menampilkan barisan giginya yang agak teratur.

          Alice mendengus geram. Susah betul nak terangkan pada mereka ini. Azam pula bukan ingin membantu. Alice melelapkan mata dengan niat ingin tidur untuk lari daripada usikan mereka tetapi baru sahaja Alice hendak melelapkan mata, mereka sudah pun sampai di pusat kesenian Islam. Dia turun bersama-sama mereka. Nasib baik semasa disana kami harus senyap dan jalan dengan teratur. Getus hati Alice

     Tetapi semasa mereka dikedai cenderahati, mereka semua berpecah. Azam mendekati Alice yang sedang leka membelek buku nota yang amat cantik tetapi mahal itu. Alice memandang Azam dan kembali membelek buku itu. “Kau nak tambah gossip ke?” ujarnya.

Dia berbisik pada Alice. “Apa kata jadikan sahaja gossip itu betul?”
    
       Alice memandangnya dengan pandangan yang sangat terkejut kemudian dia mendapati Atiqah, Hanim dan Mutiara sedang berbisik dan tersenyum-senyum kearah Alice. Dia malas hendak mengambil endah. “Suka hati la.”  Alice segera pergi ke kaunter untuk membayar keychain yang dibeli untuk rakannya yang tidak turut serta.

     Dia baru tersedar yang buku nota yang cantik itu ada bersama keychain itu. Tapi malangnya lelaki dikaunter itu sudah mngambilnya dan memasukkan didalam plastic. Alice tidak sempat untuk menghalangnya. Aduh melayang duit aku. Getus hatinya.  Alice baru hendak membayar namun Azam yang entah dari mana datangnya lebih dahulu membayarnya untuk Alice.

“Weh, mahal itu. Kenapa kau nak bayarkan pula?” Alice mengajukan soalan padanya.
        “Apa salahnya. Untuk girlfriend tersayang.” Ujarnya. Mutiara dan Hanim yang kebetulan ada dibelakang Alice kembali mengusiknya. Alice menarik Azam keluar kedai setelah mengambil barang yang dibeli. “kau nak buat pengumuman untuk satu kedai ini dengar ke? Kenapa tiba-tiba kau mengaku aku girlfriend kau?”
“Kau sendiri yang cakap kau tak kisah. Lagipun bukannya kuat sangat pun. Okeylah aku nak pergi tukar baju. Kau tak tukar baju ke?
Alice mengeluh. “pergi lah. Aku tunggu minah bertiga itu tukar baju sama-sama.”
“perempuan. Semua nak berteman”
“suka hati akulah.” Alice menjelirkan lidah.

         Alhirnya Alice melihat Hanim, Atiqah dan Mutiara yang asyik ingin mengacau Khalid, anak puan Juriah yang berumur 13 tahun. Dia bersekolah disekolah berasrama penuh tetapi mengikuti ibunya kelawatan ini. Mutiara gemar mengusik Khalid. Tambahan lagi, Mutiara jenis yang mudah obsess dengan apa-apa sahaja yang comel.

“Dah la tu. Jomlah pergi tukar baju. Kesian Khalid. Kena buli.”
“Kami tunggu kau lah. Sibuk berdating. Tak sangka betul. Semasa didalam bas sibuk cakap tak ada apa-apa lah. Tapi tadi dia sendiri mengaku.” Hanim berkata.
 “Dia baru minta lah. Waktu kamu semua sedang sibuk berbisik-bisik tadi.” Alice berterus-terang.

     Sesudah mereka menukar baju, sekali lagi mereka masuk kedalam bas dan menuju ke pasar seni. Pelik. Azam tidak sudah-sudah menyanyi lagu ‘All About Him’ yang diubahnya sendiri.

“It’s all about her,her,her,her,her
And it’s all about me,me,me,me,me
And we don’t give a dang,dang,dang,dang,dang
About nobody, ie,ie,ie,ie” nyanyi Azam. Beberapa kali juga dia mengulang-ulang ayat itu.

“dalam kelas tak nak pulak dia hyper macam ini.” Alice menggumam sendirian.

        Mereka turun dan semasa berkumpul dihadapan pasar seni. Shahmi datang untuk megambil gambar Alice, Hanim dan Mutiara. Mereka bertiga diminta untuk mengambil gambar secara individu. Mereka berpose sakan ala-ala model, terutama Mutiara. Hanim ternampak Azam datang kearah Alice. Pada masa itu dia baru sahaja selesai ber-posing.

  “Azam, Marilah ambil gambar bersama teman wanita kau ini.” Hanim berkata. Mutiara pantas bersetuju. Haihh... aku tidak tahu nak cakap apa lagi. Getus Alice. Alice dan Azam  berdiri bersebelahan dan kelihatan amat kaku, namun Alice tetap ber-posing walaupun kaku.

     Alice diajak Azam untuk berjalan berdua sahaja seperti Imrul dan Zahara yang sememangnya couple. Malahan Mutiara, Hanim dan Atiqah dengan sebulat suara bersetuju. Dengan alasan “kalau dah luangkan lebih masa, boleh kenal hati budi.” Humph...  Alice hanya mencebik.

      Alice menghempaskan badannya semasa masuk semula kedalam bas untuk pulang. Mutiara yang duduk disebelah bertanya sambil mengusik Alice.

“kau kenapa? Takkan tak gembira jalan dengan buah hati?” dia bertanya sambil tersenyum manis.
“memang tak gembira pun. Semua benda dia nak belanja. Tengok ini dia siap belikan couple ring lagi. Dia Cuma tak belanja makan sahaja. Barang-barang ini semua dia yang belanja. Ada yang aku tak nak pun tapi dia suruh ambil.” Ujar Alice sambil menunjukkan cincin silver bertatahkan berlian kecil berwarna putih ditengah-tangah yang terletak dijarinya yang pendek ini.
“Yang banyak-banyak ini semua dia belanja?” ujarnya terkejut. Alice hanya mengangguk.
“Bagi aku lah mana yang kau tak mahu.” Sambungnya lagi. Belum sempat Alice hendak membalas tiba-tiba kedengaran satu teriakan.

“ALICE, AZAM CAKAP BARANG-BARANG ITU JANGAN BAGI SESIAPA. DIA SURUH SIMPAN BUAT KENANGAN.” Jerit Fakri.
“Azam ini tahu sahaja apa yang kami fikir.” Mutiara dan Hanim berkata hampir serentak.
“Hmm... Maaf Mutiara, nak buat macam mana, dia tak bagi. Lagipun inikan guna duit dia. Sebab itu aku tak suka bila dia belanja, aku takut terhutang budi.” Kata Alice sedikit sedih.
        “Bersyukur lah ada orang belanja. Kitorang ini terpaksa pakai duit kami yang sememangnya sedikit.” Hanim memarahi Alice sambil tangannya memegang handphonenya yang terpasang lagu Taylor Swift – Better Than Revenge. Alice menjelirkan lidah padanya dan tersenyum.

         Setibanya mereka disekolah, Alice bergegas pergi ke bapanya yang sudah pun sampai kerana mahu mengelak daripada diusik rakan-rakannya dan Azam. Alice masuk didalam kereta. Bapanya bertanya bagaimana wang yang begitu sedikit iaitu RM50 boleh membeli sebegitu banyak barang. Aloce hanya berkata kawannya belanja.

      Dia begitu penat sehinggakan dia tidak mampu membuka mata sepetnya. Nasib baik keesokan harinya dia cuti. Boleh berehat. Tetapi Alice bingung memikirkan Azam. Pada hari Isnin nanti adakah dia akan jadi seorang yang pendiam seperti selalu atau seorang yang kuat mengusik seperti tadi. Alice memikirkan hal itu sehingga dia tertidur. Setelah Alice turun daripada kereta, dia terus menjalankan kewajipan seharian dan masuk tidur seawal 8:45 malam kerana terlalu penat.